Thursday, 21 July 2011

pEmbeLajaRaN pDa 18 JuLaI 2011

RefLekSi

Pada hari ini,Puan Zakiah mengarahkan kami untk mencari maklumat mengenai virus komputer dan tujuan virus tersebut...selepas membaca dan mengetahui jenis2 virus tersebut barulah sy faham sedikit sebanyak tujuan virus tersebut..selain itu,kmi pelajar kumpulan pemulihan 1 juga di terangkan mengenai sistem komputer..sistem komputer terbahagi kepada 2..sistem yang pertama ialah perkakasan dan sistem yang kedua pula ialah perisian..didalam perkakasan terdapat sistem komputer yang di panggil input dan di panggil output..sy yakin kalian pembaca blog ini sdh mengetahui dgn lbh jelas apakah itu input dan apakah itu output..kedua-dua sistem ini membantu dalam sistem pengoperasian komputer.. manakala di dalam perisian pula terdapat 3 perisian utama..perisian yang pertama ialah perisian sistem,yang kedua perisian utiliti dan perisian yang ketiga ialah perisian aplikasi..setelah diterangkan dgn lebih terperinci,dapat di buat kesimpulan bahawa sistem komputer telah banyak membantu dlm kehidupan kta semua pda hari ini..

Bercakap mengenai virus pula,pasti ramai yang x mengetahui apakah itu virus.Virus adalah kod aturcara yang di reka manusia dgn tujuan yg tertentu..Jika adanya virus,maka adalah antivirusnya..btul kan kawan2?ar..anti virus juga terdpt dlm bntuk aturcara..dgn begitu mka mudahlah untk membuang virus yang ada dlm komputer disebabkan kodnya yang sma iaitu aturcara..

Pada hari ini juga Puan Zakiah telah menyuruh kami untk membuat resume mnggunakan microsoft word..sebenarnya,setelah diteliti barulah sy mengetahui bahawa setiap microsoft mempunyai fungsi yang telah memudahkn kita sebagai pngguna.Dgn berbekalkan sedikit pengetahuan mengenai microsoft word,maka dpt lah sy menghasilkan resume yang di kehendaki oleh Puan Zakiah.. 

Disini sy akn menerangkn dgn lebih teliti mengenai virus komputer..diharapkan pembaca akn memahami dan mendapat pengetahuan tersebut..

Virus komputer adalah nama yang diambil dari virus biologi, merupakan program komputer yang berupaya menyalin dirinya sendiri dan menjangkiti komputer tanpa kebenaran ataupun pengetahuan pengguna. Bagaimanapun perkataan virus biasanya digunakan bagi merujuk kepada pelbagai jenis perisian perosak yang berlainan. Virus yang asal mungkin mengubah suai salinannya atau salinan itu sendiri yang mengubah suai dirinya, seperti dalam virus metamorf. Virus hanya boleh tersebar apabila hosnya sampai ke komputer lain, contohnya melalui rangkaian atau perantara mudah alih seperti cakera liut, cakera padat atau pemacu kilat USB. Selain itu, virus juga boleh merebak dengan menjangkiti fail pada sistem fail rangkaian atau mana-mana sistem fail yang dicapai komputer lain.
Sesetengah virus direka untuk menjejaskan komputer dengan merosakkan atur cara, menghapuskan fail, atau memformat semula cakera keras, manakala virus-virus yang lain direka bukan untuk merosakkan apa-apa, tetapi hanya untuk menyalin diri dan mungkin untuk menonjolkan kewujudannya melalui pemaparan teks, video, atau pesanan audio. Walaupun virus yang kedua ini tidak berbahaya, ia juga boleh menimbulkan masalah kepada pengguna komputer kerana ia menelan ingatan komputer yang digunakan oleh atur cara yang sah. Oleh yang demikian, ia seringnya mengakibatkan tindakan yang tidak menentu dan boleh mengakibatkan kerosakan sistem. Selain itu, banyak virus juga mengandungi pepijat yang boleh mengakibatkan kerosakan sistem dan kehilangan data.Virus komputer kekadangnya dikelirukan dengan cecacing komputer dan kuda Trojan. Kedua-dua ini berbeza dari segi bahawa cecacing boleh merebak ke komputer yang lain tanpa memerlukannya dipindahkan sebagai sebahagian fail perumah, manakala kuda Trojan adalah fail yang kelihatan tidak berbahaya sehingga dilaksanakan. Berbeza dengan virus, kuda Trojan juga tidak memasukkan kodnya ke dalam fail-fail komputer yang lain.
Banyak komputer peribadi kini dihubungkan dengan internet serta rangkaian kawasan setempat dan dengan itu, memudahkan perebakan virus. Ia mengambil kesempatan yang diberikan oleh perkhidmatan rangkaian seperti sistem-sistem Jaringan Sejagat, e-mel, dan pengongsian fail untuk merebak dan dengan itu, mengaburi perbezaan antara virus dengan cecacing komputer. Tambahan pula, sesetengah sumber menggunakan istilah alternatif yang mentakrifkan virus sebagai mana-mana bentuk perisian jahat penyalinan diri.


Istilah "virus" komputer berasal daripada perkataan virus biologi dan digunakan dalam erti kata yang sama. Istilah "virus" seringnya digunakan dalam bahasa biasa untuk menghuraikan semua jenis perisian jahat (malware), termasuk virus-virus yang wajar dikelaskan sebagai cecacing atau kuda Troy. Kebanyakan pakej perisian anti-virus yang popular melindungi komputer daripada semua jenis serangan ini. Dalam sesetengah komuniti teknik, istilah "virus" juga diperluas untuk merangkumi para pencipta perisian jahat dari segi erti kata yang menghina.
Istilah "virus" digunakan buat pertama kali dalam terbitan akademik oleh Fred Cohen pada tahun 1984 dalam kertas kerjanya, Uji kajian dengan Virus Komputer, yang menghargai Len Adleman kerana mencipta istilah itu. Bagaimanapun, sebuah novel fiksyen sains yang ditulis oleh David Gerrold pada tahun 1972 yang berjudul "When H.A.R.L.I.E. Was One", mengandungi sebuah huraian atur cara komputer fiksyen yang dipanggil "VIRUS" yang bertindak tepat sama dengan virus biologi (dan diatasi oleh sebuah atur cara yang dipanggil "VAKSIN"). Istilah "virus komputer" dengan pengertian terkini juga muncul dalam buku komik, Uncanny X-Men #158, yang ditulis oleh Chris Claremont dan diterbitkan pada tahun 1982. Oleh yang demikian, walaupun penggunaan istilah "virus" oleh Cohen mungkin merupakan penggunaan "ilmiah" yang pertama, istilah itu telah digunakan lebih dahulu.


HasiL peMbelaJaRaN


Banyak pengetahuan mengenai virus dpt sy perolehi dan pengetahuan mengenai microsoft word juga telah membantu sy dlm menghasilkan resume..diharapkan pembaca-pembaca juga begitu..selamat membaca.

Tuesday, 12 July 2011

HasiL peMbelaJaRaN (11 JuLai 2011)

Setelah membaca dan mempelajari beberapa pesoalan dan jawapan,baru lah saya mengetahui bahawa kemudahan serta kecanggihan yang terdapat pada komputer telah memberikan kita keselesaan kepada kita hari ini..terima kasih kepada pencipta komputer kerana dengan kebijaksanaannya dia telah menyebabkan kehidupan klita lebih mudah dan selesa..

Segala penerangan yang diberikan oleh Puan Zakiah telah memberikan saya bnyak manfaat..Antaranya,saya mengetahui dgn lebih jelas mengenai sistem-sistem komputer yang sebelumnya saya lansung tidak tahu dan tidak pernah mahu ambil tahu disebabkan kemalasan yang bermaharajalela dalam diri..Terima kasih Puan Zakiah kerana telah memberikan saya ruang dan peluang untuk saya mempelajari mengenai sistem komputer dengan lebih jelas dan mendalam lagi..

Kepada kawan-kawan semoga kita akan terus berusaha untuk mempelajari dengan lebih terperinci lagi mengenai komputer agar kita tidak ketinggalan dan seperti "katak di bawah tempurung"..selamat belajar..

Kepada para pembaca blog,semoga anda semua akan tertarik dan faham dengan apa yang saya terangkan di dalam blog saya ini..setiap apa yang kurang itu,berikanlah komen-komen anda agar sedikit sebanyak saya dapat memperbaikinya..Terima Kasih....

SELAMAT MEMBACA DAN TERHIBUR  

Monday, 11 July 2011

RinGkaSan pEmbaLAjarAn hArI isNiN (11.julAi.2011)

Refleksi

setelah mempelajari beberapa tajuk mengenai komputer,kini kami diterangkan oleh Puan Zakiah mengenai sistem komputer pula..terdapat bnyak persoalan mengenai komputer yang dpt diterangknan disini..
antaranya persoalan mengenai komputer adalah seperti berikut:

1) What is computer literacy??
- knowledge and understanding of computer and their uses..
-computer are everywhere
  
2)How is a computer defined??
-electronic device operating under the control of instruction stored in its own memory

3)What is the information processing cycle??
-input
-processer
-output
-storage
-communication

4)What is and input device??
-hardware use to enter data
-box like case containing electronic component used to process data

5)What is storage??
-hold data,instruction and information for future use.

-storage media
 ~ physical material on which data,instructions and information are store.
 ~ portable,thin memory card used in digital camera and handheld computer

-compact disc
 ~ flat,round,portable metal disc.
 ~ CD-ROM
 ~ CD-RW
 ~ DVD-ROM
 ~ DVD+RW

6)What make a computer powerful??
-storage
-reliability and consistency
-speed
-accuracy
-comunication

-Network 
~ collection of computer and device connected together.

-Communication media 
~ cable
~ telephone lines 
~ cellular radio
~ satellites

-Communication device
~ enables a connection between computers and modem

-Component motherboard
~ CPU (central processing unit)
~ also called a processor
~ carries out instruction that tell computer what to do. 

-Memory
~ temporary holding place for data and instruction.

-Input (accept data)
~ raw fact,figure and symbols

-information
~ data that is organized meaningful and useful

-output
~ produces and stores results

Saturday, 9 July 2011

Ringkasan pembelajaran

Ringkasan Pembelajaran

06.07.2011 (Rabu)

Puan Zakiah pensyarah ict kumpulan pemulihan 1 membantu para pelajar membuat blog..pada mulanya puan Zakiah mengarahkan kami semua membuat email bagi memudahkan penyediaan blog..setelah kami semua membuat email,iaitu menggunakn email google,puan Zakiah memberi tunjuk ajar cara membuat blog..kemudian siap lah blog kami..


Refleksi

terima kasih atas tunjuk ajar daripada Puan Zakiah..hasil kerja keras beliau kami semua mampu menyediakn sendiri blog masing-masing walaupun pada awalnya agk sukar..daripada seorang yg tidak tahu menahu mengenai blog,sekarang sedikit sebanyak saya telah pandai dalam membuat blog..terima kasih juga kepada Anis iaitu kwn sama kumpulan kursus kerana bnyak membantu..

Dgn adanya eportfolio ini,komunikasi antara pelajar dan pensyarah menjadi lebih mudah..segala persoalan dan jawapan boleh di ajukan di sini disamping pelajar yang lain juga boleh sama-sama membaca.dengan cara ini,pembelajaran menjadi lebih cepat dan lebih mudah untuk difahami..selain itu,cara ini menunjukkan betapa kemajuan dalam bidang teknologi dan komunikasi kita semakin cangih dan semakin baik dari masa ke masa..

kelas-kelas yang sebelumnya,kami diterangkan mengenai communication device..iaitu salah satu alat komunikasi adalah dengan menggunakan modem.."modem" ialah gabungan modulator &demodulator..

modulator-digital signalanalog signal

Wednesday, 6 July 2011

refleksi ict pemulihan 1 06.07.11

Hari ini saya belajar  cara membuat blog..... seronok juga belajar buat blog...